Selamat datang ke Sistem OnPay untuk Aman Palestin Berhad.
Periksa URL anda dan pastikan bahawa anda telah memasukkan URL yang betul.
Pembentukan Negara Haram Israel pada 15 Mei 1948 di bumi Palestin 72 tahun yang lalu telah mengundang malapetaka besar di mana dunia mula menyaksikan kekejaman rejim Zionis memalui pertempuran demi pertempuran hingga mengakibatkan beribu-ribu warga Palestin gugur syahid manakala jutaan pelarian yang meninggalkan tanahairnya sendiri terpaksa berhadapan dengan masalah pengangguran serta cacat anggota. Tidak kurang juga anak-anak yang menjadi yatim akibat kehilangan ibubapa serta para isteri yang menjadi janda akibat kehilangan suami yang terkorban dalam mempertahankan bumi Palestin dari terus dijajah dan dicabuli.
Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan yang ditanggung oleh rakyat Palestin ini telah menimbulkan keinsafan lantas menghidupkan semangat bagi umat manusia yang peduli untuk menghulurkan bantuan.
Justeru, Aman Palestin sebagai Inisiatif Keamanan Palestin bergerak di atas tiga landasan iaitu:
Kemanusiaan
Persaudaraan
Kesucian Baitul Maqdis
Aman Palestin memberi bantuan kecemasan, kebajikan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestin secara berterusan sehingga selesai.
MENGENAI AMAN PALESTIN
Aman Palestin mula beroperasi pada akhir tahun 2004 sebagai inisiatif bagi membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia dan masyarakat dunia amnya tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin.
Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran syarikat Aman Palestin telah diluluskan dengan secara rasminya oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan.
Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
Diharapkan agar keperihatinan yang berterusan oleh rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.