REBUT PAHALA BERWAKAF. ALLAH AKAN BINA SEBUAH "ISTANA" DI SYURGA!
Daripada Uthman bin`Affan katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa yang membina masjid ikhlas kerana Allah, Allah akan membina untuknya rumah seperti itu di dalam syurga. (Al-Bukhari: 439, Muslim: 533)
================================
Sebelum itu, mari kita lihat perkembangan terbaru projek wakaf Hospital Aman Palestin di Gaza, Palestin.


Alhamdulillah, pembinaan Hospital Aman Palestin di Gaza sudah mencapai 47% siap dan projek ini dijangka selesai pada September 2023.
Hospital ini terdiri daripada 3 bangunan utama.
Bangunan A - Kecemasan dan Bilik Asrama
Bangunan B - Pintu utama dan pejabat pentadbiran
Bangunan C - Jabatan Psikoterapi dan Rehabilitasi
================================
Ini pula projek wakaf Masjid Al-Yasmin di kem Beqaa, Lubnan yang telah dibaik pulih oleh Aman Palestin
Projek ini bertujuan supaya Masjid Al Yasmin dapat beroperasi semula yang banyak digunakan dan popular yang terletak di kawasan Bar Elias, Beqaa. Dengan ketibaan musim sejuk, Masjid memerlukan pemulihan bumbung dan pemanas di masjid supaya ia boleh bersedia untuk menahan dari cengkaman musim sejuk. Kem Al Yasmine menempatkan 225 keluarga dan ramai lelaki dan kanak-kanak dari persekitaran kem mendapat manfaat daripada kemudahan ini. Dianggarkan seramai 600 individu menggunakan masjid tersebut.
Masjid ini juga pernah dikunjungi oleh peserta Misi Sukarelawan Aman Palestin ke Lubnan dan kerja baik pulih dilakukan berikutan kebocoran yang berlaku di masjid tersebut.
Masjid Al-Yasmin ini juga turut menjadi tempat:
Solat berjemaah
Pusat pendidikan Al-Quran
Solat Jumaat
Kelas-kelas agama dan pengajian yang lain
‼️ TERIMA KASIH PARA PENYUMBANG ‼️
================================
WAKAF MASJID BUAT PENDUDUK BEKAA LUBNAN AKAN DIBINA!
Masjid Syeikh Khalil bakal dibina untuk penduduk Bar Elias Bekaa, Lubnan!


Kawasan tapak masjid

Contoh Masjid Syeikh Khalil

Plan Masjid Syeikh Khalil
================================
Apa tunggu lagi. Rebut pahala berwakaf!
Sedekahkan pahala wakaf ini untuk ibubapa/ahli keluarga kita yang sudah tiada. Pahala akan terus mengalir walau kita sudah tiada.
JOM BERWAKAF!


