Yaman bakal mendapat kemudahan yang selesa!

SANGGUP KE ANDA TINGGAL DI RUMAH SEPERTI INI?
Ini adalah kediaman penduduk Hadramaut di Yaman. Kawasan mereka penuh dengan serba kekurangan. Hidup dalam keadaan yang daif. Mereka tiada rumah yang besar, tiada katil yang empuk, tiada penghawa dingin untuk menyejukkan badan. Yang ada, hanyalah rumah yang beratapkan daun, bertiangkan kayu. Melihat keadaan mereka yang serba kekurangan, Aman Palestin dengan kerjasama Altawasul Development Foundation telah melancarkan satu projek pembangunan buat penduduk di Hednet-Hadramaut, Yaman. Projek ini menfokuskan kawasan perkampungan dengan mewujudkan infrastruktur dan kemudahan yang lebih baik seperti klinik, rumah, tenaga solar, sumber air bersih dan sebagainya.
================================
ANTARA PROJEK DAN SUMBANGAN AMAN PALESTIN
KEPADA RAKYAT DI YAMAN




================================
PROJEK PEMASANGAN 63 BUAH KHEMAH BUAT WARGA
YAMAN SEMPENA MUSIM SEJUK
LAPORAN IBADAH KORBAN DI YAMAN 2023
================================
Ayuh semua, inilah masanya untuk kita bersama-sama membantu rakyat Yaman yang sangat memerlukan sumbangan dan pertolongan dari kita semua. Asingkan sedikit dari gaji dan hartamu demi saudara Islam kita. Semoga sumbangan ini dapat memberi harapan untuk mereka meneruskan hidup.
