Adakah Hari Ini, Sedekahku Yang Terakhir? "Semoga Allah Terima Segala Amal Jariahku"

“Ya Allah berikanlah cahaya pada hati, lisan, telinga dan mata hamba.
Jadikanlah cahaya dari belakang, depan dan di bawah hamba, dan sebelah kanan dan kiri hamba berikanlah cahaya.
Ya Allah berikanlah kepada hamba cahaya,”
doa rutin Rasullullah SAW ketika hendak keluar melaksanakan solat subuh
seperti yang telah diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas r.a.
================================
Kenapa waktu pagi dikatakan sebagai waktu yang berkat dan membawa keuntungan?
Rasulullah SAW bersabda: "Bangunlah pada pagi hari untuk mencari rezeki dan keperluan-keperluan hidupmu.
Sesungguhnya pada pagi hari, terdapat berkah dan keberuntungan."
(Riwayat at-Tabrani dan al-Bazzar)
Berdasarkan hadis seperti diatas ini, jelaslah bahawa waktu subuh adalah waktu yang paling berkat bagi umat Islam sebelum memulakan sebarang pekerjaan bagi mendapatkan rezeki sepanjang hari. Tahukah anda, selain bangun diawal pagi, sedekah subuh juga mempunyai keistimewaannya. Sesiapa yang bersedekah di subuh hari malaikat akan mendoakan kelapangan rezeki yang memang sangat kita perlukan untuk memperlancarkan ibadah, amal soleh, dakwah dan jihad kita di dunia.
Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda;
"Tidak ada satu subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat.
Salah satu diantara keduanya berdoa. "Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq', sedangkan
yang satu lagi berdoa, Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)
(HR Bukhari 5/27)
Oleh itu, jelaslah bahawa sedekah di waktu subuh sangat istimewa disisi Allah kerana para malaikat mendoakan hambanya yang berinfaq pada waktu subuh. Sebagai seorang muslim, tanamkan dalam diri anda untuk terus istiqamah bersedekah pada awal pagi bagi mendapat ganjaran yang istimewa. Untuk memulakan sedekah subuh, cuba mulakan dengan jumlah RM1 untuk 1 hari dan hari-hari seterusnya. InshaAllah, kita semua dapat memenuhkan "tabung subuh".
"Semua waktu sebenarnya baik, tapi saya menemukan sedekah subuh itu yang paling baik, paling dahsyat, yang paling cepat terkabul hajat kita. Kenapa sedekah subuh dahsyat? Karena setiap waktu subuh Allah turunkan malaikat tugasnya cuma satu, mendoakan orang yang berinfak di subuh hari,”
(Syeikh Ali Jaber)
================================
KONGSIKAN SEDEKAH SUBUH UNTUK SAUDARA KITA DI PALESTIN, SYRIA & YAMAN
BANTUAN KECEMASAN UNTUK PALESTIN
BANTUAN UNTUK SYRIA
BANTUAN UNTUK YAMAN
================================



Jom bersama kita kongsikan kegembiraan disini dengan saudara kita di Palestin, Syria dan Yaman. Semoga dengan sumbangan daripada anda semua dapat meringankan beban mereka di sana.


