Akaun amanpalestinsa.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

39 BUAH KELUARGA KEHILANGAN TEMPAT TINGGAL AKIBAT KEBAKARAN!


KEM MAARIB, YAMAN TERBAKAR!



Pada ahad lepas, 27/08/2023 kita dikejutkan dengan kebakaran terbesar di kem Al-Jufaina, Maarib, Yaman yang telah meninggalkan kesan kemusnahan besar serta kerosakan tempat perlindungan keluarga pelarian di sana. Seramai 39 buah keluarga terjejas dan khemah mereka mengalami kerosakan sepenuhnya manakala lima buah keluarga mengalami kerosakan separuh di mana 12 buah keluarga daripadanya adalah dari kalangan warga Somalia dan Ethiopia. Ribuan keluarga terpaksa tinggal di perkhemahan perlindungan kecemasan dengan keadaan khemah yang sangat usang, diperbuat tin, kayu tumbuhan dan jaring besi.


SEPERTI PALESTIN DAN SYRIA, YAMAN JUGA MENGHADAPI PELBAGAI KRISIS YANG TERUK. MELIHAT KEPADA KEADAAN MEREKA YANG SEMAKIN SUKAR, AMAN PALESTIN TERUS KE HADAPAN DENGAN MELANCARKAN TABUNG KECEMASAN YAMAN BAGI MEMBANTU RAKYAT YAMAN YANG TERKESAN AKIBAT KEBAKARAN TERSEBUT.


Untuk bantuan kecemasan Yaman ini, Aman Palestin telah mensasarkan sebanyak 30,000USD/RM138,000 untuk disalurkan kepada penduduk di kem Maarib Yaman. Antara bantuan yang akan disalurkan adalah;

✅ Kotak Makanan

✅ Tilam

✅ Selimut

✅ Bantal

✅ Baldi

✅ Khemah

✅ Tong Simpanan Air 500L


Marilah kita bersama-sama membantu mereka yang berada dalam kesusahan dan mendoakan mereka supaya sentiasa diberikan kesabaran dan ketabahan bagi menghadapi dugaan ini.

“Barangsiapa yang mempermudahkan urusan mereka yang didalam kesusahan,
maka Allah akan mempermudahkan urusannya
di dunia dan di akhirat” 
[HR Muslim]

================================

 ANTARA PROJEK DAN SUMBANGAN AMAN PALESTIN
KEPADA RAKYAT DI YAMAN 





================================

 PROJEK PEMASANGAN 63 BUAH KHEMAH BUAT WARGA
YAMAN SEMPENA MUSIM SEJUK




LAPORAN IBADAH KORBAN DI YAMAN 2023 



================================

AYUH SEMUA, INILAH MASANYA UNTUK KITA SAMA-SAMA MEMBANTU RAKYAT YAMAN YANG SANGAT MEMERLUKAN SUMBANGAN DARI KITA SEMUA. PAHALA BERWAKAF INI AKAN TERUS MENGALIR WALAUPUN KITA SUDAH TIADA. HADIAHKAN JUGA WAKAF INI UNTUK AHLI KELUARGA KITA YANG TELAH PERGI.