===================================
BANDAR GAZA (2 MEI 2023) – Tentera Israel melancarkan serangan udara dan berbalas bedilan dengan pejuang Gaza semalam, berikutan kematian seorang tahanan Palestin yang melakukan mogok lapar ketika dalam tahanan rejim Zionis.
Sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam berkata, pihaknya bertindak balas dengan melancarkan bedilan peluru berpandu permukaan-ke-udara.
Tembakan tercetus selepas banduan Palestin berusia 45 tahun, Khader Adnan meninggal dunia, hampir tiga bulan selepas dia ditahan di Tebing Barat yang dijajah Israel kerana hubungannya dengan kumpulan pejuang Jihad Islam.
Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh menyifatkan kematian tahanan itu adalah pembunuhan yang disengajakan.
Beliau mendakwa Israel telah membunuh Khader dengan menolak permintaannya untuk dibebaskan, mengabaikannya dari segi perubatan serta ditahan di dalam sel walaupun keadaan kesihatannya teruk. – AFP
(Sumber: Kosmo)
Susulan daripada insiden tersebut, peperangan dan kezaliman oleh Zi0nis terhadap rakyat Gaza terus berlaku sehingga mengakibatkan ramai penduduk Gaza syahid.
===================================
GAMBAR SERANGAN OLEH TENTERA ZI0NIS (TERBARU)
GAMBAR: Ini merupakan keadaan kediaman di Khan Younis, Gaza setelah mereka menerima serangan udara daripada tentera rejim Isr.4el. Serangan ini menyebabkan 3 rakyat Palestin syahid. - Quds News
GAMBAR: Di Bet Lahia, utara Gaza, beberapa buah rumah musnah akibat serangan yang dilancarkan oleh Tentera Rejim Isr.4el. - Quds News
ANTARA GAMBAR KANAK-KANAK YANG SYAHID
7 kanak-kanak telah meninggal dunia akibat peluru berpandu Israel terhadap Semenanjung Gaza sejak subuh semalam
(10 MEI 2023)
Lima kanak-kanak warga Palestin yang syahid dalam serangan Tentera Rejim Isr.4el ini adalah bukti bahawa kekejaman Isr.4el bukan kekejaman kecil tetapi ia merupakan jenayah antarabangsa yang sewajibnya dihentikan. (11 Mei 2023)
#Terkini:
Angka kematian akibat serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza meningkat kepada 29 orang!!
===================================
Kenapa Bumi Palestin Perlu Dipertahankan Oleh Umat Islam? Ini Sebab Yang Anda Kena Tahu
- Masjid pertama sebagai KIBLAT UMAT ISLAM!
- Tanah para Anbia (Antara para Anbia yang pernah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi Palestin ialah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Syuib, Nabi Musa, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Isa dan lain-lain lagi.)
- Ibu negara umat Islam akhir zaman. (Palestin ialah bumi yang akan didirikan sebagai ibu negara umat Islam pada akhir zaman dan kemajuannya akan membawa kepada tanda-tanda akhir zaman).Rasulullah SAW bersabda:“Pembangunan Baitul Maqdis membawa kepada kehancuran Madinah (kerana diserang wabak).
- Hak orang Islam sehingga hari kiamat. (Bumi Palestin merupakan pusat untuk kumpulan orang yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga hari kiamat.).Sabda Rasulullah SAW:“Sekelompok dari umatku akan tetap berada dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh-musuh mereka dan mereka tidak akan disakiti oleh musuh-musuh mereka kecuali apabila ditimpa kesusahan dan sehingga datang pertolongan dari Allah dan keadaan mereka akan kembali seperti sedia kala.” Para sahabat bertanya, “Di manakah tempat mereka itu ya Rasulullah?” Baginda menjawab “Di Baitul Maqdis dan di aknaf (bawah lindungan) Baitul Maqdis.” [HR At Tabrani].
- Pusat Keamanan Sejagat (Difahamkan, ia merupakan padang Mahsyar selepas kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat).Sabda Rasulullah SAW:"Ia adalah bumi Mahsyar dan kebangkitan." [HR Imam Ahmad dan Ibn Majah].
- Orang yang tinggal di sana dikira sebagai orang yang berjihad. (Sesiapa yang tinggal di sana, Allah ibaratkan mereka sedang berjihad. Selain itu, tempat tersebut juga dikenali sebagai bumi pertahanan jihad).Rasulullah SAW bersabda:"Ahli Syam akan berterusan dalam jihad dan ribath di jalan Allah." [HR at-Tabrani dan Al-Haitami].
Termasuk dalam tanah suci ini adalah Al-Masjid Al-Aqsa.
Perkara ini telah dijelaskan dan dihuraikan oleh Imam Al-Tabari dalam tafsirnya.
APA YANG BOLEH KITA USAHAKAN BANTU PALESTIN DAN RAKYATNYA?
Sumbangan akan disalurkan kepada projek pembinaan masjid atau bangunan,
bantuan persekolahan, bantuan perubatan, bantuan kecemasan, bantuan makanan,
bantuan pertanian dan lain-lain lagi mengikut keperluan semasa mereka.
ANTARA BANTUAN DAN SUMBANGAN AMAN PALESTIN UNTUK RAKYAT PALESTIN
BANTUAN MUSIM SEJUK GAZA 2023
PEMASANGAN SOLAR DAN BAIK PULIH RUMAH KELUARGA MISKIN 2022
BANTUAN KECEMASAN AKIBAT SERANGAN GAZA
PEMBINAAN HOSPITAL KESIHATAN MENTAL (HOSPITAL AMAN PALESTIN)
===================================
Ayuh, rebut peluang dan kongsikan rezeki dengan saudara kita di Palestin dengan memberi sumbangan untuk mereka terus kuat menghadapi ujian ini. Semoga kita semua dapat solat bersama-sama di Masjid Al-Aqsa suatu hari nanti.