Akaun amanpalestinsa.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

REBUT GANJARAN PAHALA 10 AWAL ZULHIJJAH!

REBUT GANJARAN PAHALA 10 AWAL ZULHIJJAH!

 KELEBIHAN 10 AWAL BULAN ZULHIJJAH,

BERBANDING BULAN ISLAM YANG LAIN 


1. Ganjaran besar di sisi Allah dan bulan paling disukai Allah dengan kerjakan amalan kebaikan

2. Tidak mampu menyamai pahala berjihad melainkan mati syahid

مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِي هَذِهِ قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ وَلاَ الْجِهَادُ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَىْءٍ 

“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun jihad? Baginda menjawab: Tidak juga jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi.

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)


 Mengapa 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih baik dari jihad? 


Menurut al-Imam Ibn Hajar dalam kitab Fath al-Bari:

والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره

“Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain.”

(Sumber: Dr. Ahmad Sanusi)


3. Allah Taala bersumpah dengan bulan ini secara umum dan sebahagian daripadanya secara khusus,

"Demi waktu Fajar dan 10 malam serta hari dalam bulan Zulhijjah."- Surah Al-Fajr: ayat 1-2

4. Hari mensyukuri nikmat Allah dan hari mengingatiNya

5. Hari yang dimaklumkan Allah sebagai tempoh pengurniaan rezeki berupa binatang ternakan


وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّـهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ

"Bagi setiap umat Kami syariatkan ibadah (sembelihan binatang korban) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai tanda bersyukur akan kurniaan rezeki binatang ternak kepada mereka."

================================

HARI ISTIMEWA BULAN ZULHIJJAH!!
HARI ARAFAH UNTUK UMAT ISLAM




Wukuf atau Hari Arafah adalah gambaran Padang Masyhar yang semua makhluk dikumpulkan sebelum ke syurga atau neraka untuk umat manusia merenungi hari akhirat. Ia antara hari yang dimuliakan dan di sisi Allah. Wukuf di Arafah adalah amalan yang sangat besar impaknya berikutan ketika itu suasana perhambaan amat jelas kelihatan. Ini kerana ketika wukuf jemaah berkumpul dengan penuh khu­syuk mengabdikan diri dan menadah tangan berdoa agar diampunkan dosa dan diterima segala amalan.

Jangan biarkan hari tersebut berlalu pergi
tanpa berdoa!

================================

Sempena bulan Zulhijjah ini, ayuh rebut pahala dan kebaikan 10 HARI TERAWAL ZULHIJJAH dengan melakukan ibadah korban buat saudara kita di Palestin, Syria dan Yaman.

Buat anda yang tidak berkemampuan, boleh lakukan SEDEKAH DAGING RM300 dan TABUNG KORBAN RM10!